Peringkat pembentukan pembasmian kaum Pembasmian_kaum

Jenayah membasmi suku kaum tertentu merupakan satu bentuk jenayah besar-besaran yang dilakukan secara kolektif oleh golongan tertentu dalam sesuatu masyarakat. Jenayah ini adalah tidak mungkin dilakukan pada peringkat individu. Sehubungan itu, jenayah ini sebenarnya adalah satu fenomena sosial yang kompleks, yang hanya akan berlaku selepas masyarakat berkenaan melalui beberapa perkembangan dalam masyarakat.

Pada tahun 1996, Gregory Stanton - presiden pertubuhan pemerhatian dan pengkajian mengenai genosid iaitu Genocide Watch - memberi suatu taklimat mengenai "8 tahap pembasmian kaum" kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.[7] Dalam taklimat tersebut, beliau menghujah bahawa genosida itu terbentuk dalam lapan peringkat "yang boleh diramal tapi tidak dapat disekat":[7]

Peringkat perkembanganCiri-ciriPencegahan
1.
Klasifikasi
Anggota masyarakat dibeza-bezakan menurut kriteria tertentu sehingga wujudnya pengucapan "kita dan mereka" di dalam masyarakat berkenaan.Masalah ini dapat diselesaikan dengan memupuk semangat kekitaan di dalam masyarakat.
2.
Simbolisasi
Sesuatu golongan dalam masyarakat tertentu mula diberi lebel ataupun simbol tertentu, khususnya simbol yang membawa konotasi buruk.Pemberian label terhadap golongan tertentu harus diharamkan.
3.
Nyah-Kemanusiaan
Sekumpulan manusia mula dianggap dan dirasai sebagai entiti non-manusia oleh suatu kumpulan yang lain.Propaganda kebencian terhadap kaum tertentu harus dihentikan secara serta merta.
4.
Organisasi
Jenayah pembasmian kaum sentiasanya dilakukan secara berorganisasi,khususnya organisasi yang bersenjata.Untuk melawan perkembangan ini, penubuhan dan penyertaan organisasi estrim ini harus diharamkan dengan serta merta.
5.
Polarisasi
Masyarakat mula berpecah kepada golongan yang bermusuhanLangkah kepolisan harus diambil.
6.
Identifikasi
Sasaran serangan mula dikenal pasti berdasarkan identiti ras, budaya, agama dan lain-lain lagi.Pembasmian hampir berlaku, dan amaran harus dibunyikan.
7.
Pembunuhan/Serangan
Serangan dimulakan. Bagi pihak penyerang mereka tidak merasai tindakan mereka adalah berdosa kerana mereka menganggap mangsa sebagai entiti non-manusia, ataupun manusia yang tidak memiliki sifat kemanusiaan secara sempurna.Pada peringkat ini, tindakan militer harus diambil dan satu kawasan terlindung harus disediakan untuk para pelarian.
8.
Penafian
Penjenayah menafikan jenayah mereka.Penjenaya diadili di atas mahkamah dan hukuman yang setimpal dilaksanakan.